WARGA EMAS WANITA MAUT MELINTAS JALAN

WARGA EMAS WANITA MAUT MELINTAS JALAN

TAWAU; 21 NOVEMBER 2019 (Khamis) – Seorang wanita warga emas maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda ketika melintas jalan di Jalan Ho Hwang Kim Simpang Jalan Cole Adam, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataan berkata, dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, mangsa yang berumur 65 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas mendapat rawatan di hospital Tawau.

Beliau berkata, semasa kejadian mangsa dipercayai telah melintas jalan untuk ke kenderaan suaminya yang parkir di tepi jalan menghala ke Jalan Dunlop selepas kembali dari sebuah kedai sementara suspek yang mahu membelok ke kanan telah berhenti untuk memberi laluan kepada sebuah lori yang berada di hadapannya untuk mengundurkan kenderaan.

Bagaimanapun, pemandu berumur 38 tahun berkenaan yang kemudiannya meneruskan pemanduan memberhentikan kenderaan selepas dimaklumkan orang awam mengenai kemalangan itu.

Menurut ACP Peter, suspek turut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *