TUJUH PEROKOK DIBERI NOTIS HADIR KE MAHKAMAH HARI PERTAMA DIKUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG LARANGAN MEROKOK DI PREMIS MAKANAN

TUJUH PEROKOK DIBERI NOTIS HADIR KE MAHKAMAH HARI PERTAMA DIKUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG LARANGAN MEROKOK DI PREMIS MAKANAN

TAWAU; 2 JANUARI 2020 (Khamis) – Tujuh perokok di Tawau diberi notis hadir ke mahkamah kerana merokok di premis makanan terbuka sejak pelaksanaan larangan berkuatkuasa semalam.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Kawasan Tawau, Rahman Sampe berkata, kesemua mereka melakukan kesalahan dibawah peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaksanakan Operasi larangan merokok di Kedai makan di sekitar Tawau.

Dalam operasi sama, 19 premis turut diberi notis atas kesalahan dibawah Peraturan 12(1)(a) setelah gagal memasang tanda larangan merokok kerana penguatkuasaan turut mewajibkan premis makanan mempamerkan tanda larangan merokok.

sementara itu, satu premis juga diberi notis atas kesalahan peraturan 12(1)(b) berikutan tidak memastikan tiada orang merokok di premis jagaannya.

Menurut Rahman, operasi berterusan akan dijalankan dan orang awam khususnya perokok tegar dinasihat agar tidak merokok atau menghisap vape di kawasan larangan merokok.

Operasi bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam itu disertai 32 kakitangan Pejabat Kesihatan Persekitaran Kawasan Tawau.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *