‘Tolonglah, saya merayu, duduklah diam-diam di rumah’

‘Tolonglah, saya merayu, duduklah diam-diam di rumah’

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merayu orang ramai supaya tidak keluar rumah, kecuali bila perlu sahaja, sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang mula berkuat kuasa pada hari ini.

Katanya perkara itu penting untuk memutuskan rantaian jangkitan, sekali gus mengurangkan jangkitan wabak Covid-19.

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Kalau di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.

“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Baliklah kampung lain kali.

“Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja,” katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung di kaca TV sebentar tadi.

Sumber https://m.malaysiakini.com/news/515352

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *