TERUSLAH MENABUR KEBAIKAN SELAGI TUHAN MASIH MEMILIHMU

TERUSLAH MENABUR KEBAIKAN SELAGI TUHAN MASIH MEMILIHMU

TAWAU_ 20 DISEMBER 2019 | Seringkali saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan sukarelawan [email protected] SABAH atau sahabat-sahabat yang menyumbang dalam pelbagai program. “Tahniah Allah memilih mu” ungkapan ini pendek namun ada harapan yang tinggi mengunung di dalamnya.

Semoga saja Allah terus memilih kita dalam melakukan hal-hal yang baik walau terlihat kecil. Dalam melakukan kebaikan itu Allah jaga hati kita semua agar istiqamah dan tidak hadir riak dan perkara-perkara negatif di dalam hati.
Kita hadir bukan untuk membasmi kemiskinan namun tujuan utama kita ialah mengajak ramai orang di luar sana untuk lebih peduli nasib sesama manusia yang hidup di dalam kekurangan.

Tidak kira mereka siapa bantulah termampumu. Tiada manusia yang meminta untuk lahir dari rahim seorang ibu miskin, tiada manusia inginkan lahir dengan penyakit dan OKU, mereka juga tidak meminta lahir sebagai anak tanpa negara. Semua ini ujian untuk mereka dan ujian untuk kita. Samada terus memasang persepsi buruk atau turun menyantuni mereka di kaki lima. Yakinlah mereka juga makhluk Tuhan sama seperti kita. Asal dari tanah dan cucu cicit Adam as.

Sebarang update aktiviti [email protected] SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
[email protected] SABAH
01119560583

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *