TERMINAL BAS AWAM ANTARA DAERAH DI SABAH DITUTUP TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

TERMINAL BAS AWAM ANTARA DAERAH DI SABAH DITUTUP TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

TAWAU; 21 MARCH 2020 (Sabtu) – Susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan oleh pihak kerajaan yang bermula 18 hingga 31 mac ini, Terminal Bas Awam Antara Daerah telah ditutup serta merta dan perkhidmatan bas awam antara daerah turut sama dihentikan operasinya dalam tempoh itu.

Hasil mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, pada 20 Mac telah memutuskan untuk menutup operasi terminal bas awam di seluruh negeri bagi mengurangkan pergerakan orang ramai.

Berikutan itu, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah turut memutuskan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah masing-masing menutup semua operasi terminal bas awam antara daerah dengan serta merta.

Menurut kenyataan itu lagi, pembukaan semula terminal bas hanya akan dibuat sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *