TEMBAK-MENEMBAK KUMPULAN BERSENJATA DAN KASTAM DISYAKI BUKAN KUMPULAN CULIK UNTUK WANG TEBUSAN

TEMBAK-MENEMBAK KUMPULAN BERSENJATA DAN KASTAM DISYAKI BUKAN KUMPULAN CULIK UNTUK WANG TEBUSAN

SEMPORNA (20 DISEMBER) – Kumpulan bersenjata yang terlibat dalam Insiden tembak-menembak dengan Anggota Jabatan Kastam di Perairan Pulau Mataking Semporna petang tadi dipercayai bukan kumpulan ‘kidnap for ransom’ (culik untuk wang tebusan), sebaliknya kumpulan penyeludup.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Pasukan Kastam dipercayai menjalankan rondaan sebelum kejadian tembak-menembak berlaku dengan beberapa individu yang menaiki sebuah bot laju.

Komander Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Datuk Hazani Ghazali berkata, lima penguatkuasa yang berada di bot Kastam tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, semasa kejadian, dianggarkan 50 butir peluru dilepaskan kearah bot Jabatan Kastam.

Menurut Datuk Hazani, kesemua suspek kemudian gagal dikesan selepas memasuki Perairan Filipina.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

Sumber: fb ESSCOM

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *