SEBUAH KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA MUSNAH TERBAKAR DI LAHAD DATU

SEBUAH KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA MUSNAH TERBAKAR DI LAHAD DATU

TAWAU; 2 JANUARI 2020 (Khamis) – Sebuah pacuan empat roda musnah dalam kebakaran di dalam garaj berhampiran sebuah rumah di Kilometer 17 Jalan Silabkukan Lahad Datu, awal pagi tadi.

Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, PBK II Asmori Dahhiarsyah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu kira-kira pukul 12.25 tengah malam.

Beliau berkata, sejurus selepas itu, sembilan orang anggota yang diketuainya respon ke lokasi menggunakan dua jentera.

Sebaik tiba, operasi pemadaman kemudian dilakukan dan api berjaya dikawal pada pukul 12.53 pagi sebelum menamatkan operasi pada pukul 1.06 minit pagi.

Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa sementara punca kejadian masih dalam siasatan.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *