Regatta LEPA Photomarathon 2019

Regatta LEPA Photomarathon 2019

#RegattaLEPAPhotomarathon

Photomarathon merupakan sebuah pertandingan fotografi dengan sedikit kelainan. Kebiasaannya peserta diberikan tempoh masa tertentu untuk menghasilkan foto mengikut tema. Pemenang akan dinilai berdasarkan interpretasi terbaik terhadap tema yang diberi.
Kelebihan anda bukan terletak hanya pada peralatan, tetapi pada daya kreativiti dan ketajaman pemerhatian mata anda!

HADIAH

1st Prize. (Open category)
SONY A7 MARK II + FE 24-240MM F/3.5-6.3 OSS

2nd prize (Open category)
FUJIFILM X-T30 (Black) + XF 18-55mm f/2.8-4R LM OIS

3rd prize (Open category)
NIKON D3500 (BLACK) + AF-P DX NIKKOR 18-55MM F/3.5-5.6G ED VR

1st prize (Smartphone category)
HUAWEI P30 PRO

2nd prize (Smartphone category)
SAMSUNG GALAXY A50

3rd prize (Smartphone category)
VIVO V15

SYARAT & TERMA

• Semua peserta perlu mendaftar bermula pada jam 8.00 pagi di CREATIVA GALLERY, SEAFEST SQUARE pada 26 April 2019.
• Peserta boleh menggunakan semua jenis peralatan kamera termasuk kamera telefon pintar.
• Terdapat tiga(3) tema : 1. REGATTA LEPA, 2. TARIAN TRADISIONAL, 3. RAGAM MANUSIA
• Semua penyertaan perlu dihantar sebelum jam 8.00 malam di CREATIVE GALLERY atau melalui atas talian.
• Komputer akan disediakan untuk muatnaik gambar di CREATIVA GALLERY.
• Semua foto mesti dihantar dalam format JPEG dan disertai data EXIF.
• Penyertaan kamera telefon pintar mesti dihantar melalui atas talian dengan hashtag #regattalepaphoto
• Maksimum saiz foto yang dihantar adalah 10MB.
• Foto tidak boleh diolah menggunakan apa-apa perisian olahan. Hanya olahan kecil di dalam kamera (cropping, brightness dan contrast adjustment) yang dibenarkan. Watermark juga tidak dibenarkan.
• Foto perlu dimuatnaik/dihantar oleh peserta sendiri. Wakil tidak dibenarkan.
• Sila pastikan foto yang dihantar adalah foto baru dan asli, dan diambil pada hari kejadian di dalam tempoh waktu yang diberi. Peserta yang menghantar foto yang diambil lebih awal, meniru foto, atau foto dihasilkan oleh pihak lain akan digugurkan kelayakan penyertaan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi +6014-237 5994

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *