PROJEK MELEBARKAN SUNGAI TAWAU BERNILAI 50-JUTA RINGGIT AKAN DILAKSANAKAN DALAM MASA TERDEKAT

PROJEK MELEBARKAN SUNGAI TAWAU BERNILAI 50-JUTA RINGGIT AKAN DILAKSANAKAN DALAM MASA TERDEKAT

TAWAU; 4 MEI 2019 (Sabtu) – Projek melebarkan Sungai Tawau bernilai 50-juta ringgit melibatkan kawasan dari Taman Green sehingga Kampung Titingan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Jimmy Wong berkata, projek sepanjang 300-meter itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran sebagai kaedah tebatan banjir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran di Kampung Saddani Batu 2 Jalan Apas, Tawau.

Dalam pada itu, Datuk Jimmy Wong turut mencadangkan agar alat pasang surut di Hulu Sungai Tawau dipasang bagi mengelak kemasukan air laut ketika berlaku air pasang.

Hujan lebat berterusan dan fenomena air pasang kira-kira 8 jam bermula 3 pagi kelmarin menyebabkan banyak kawasan perkampungan, jalan utama dan taman perumahan di Sekitar Tawau digenangi air.

Difahamkan, banjir berkenaan merupakan antara bencana alam terbesar yang dialami penduduk di Tawau semenjak lebih 10 tahun. -BESTAWAUfm

#myTawau

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *