PROGRAM RAK SYURGA

PROGRAM RAK SYURGA

TAWAU_ 25 OKTOBER 2019 | Rak syurga [email protected] 3rd Force Sabah dengan kerjasama Hospital Besar Tawau terletak di bangunan kayu warna biru yang dikenali sebagai ASRAMA ROTARY. Berdekatan dengan parking teksi, klinik O&G @ ward bersalin ABC.

Rak syurga ini mensasarkan golongan kurang berkemampuan samada pesakit atau keluarga pesakit yang berada di Hospital Tawau. Ambillah apapun barangan di Rak Syurga ini mengikut keperluan. Semuanya boleh diambil secara percuma. Apa yang ada dalam Rak Syurga ini adalah sumbangan orang ramai secara sukarela.

Jom rakan-rakan yang berhajat untuk bersama memyumbang boleh terus ke lokasi seperti yang tertera di atas untuk menyampaikan sumbangan kalian. Terima kasih kepada Puan Atiqah dan team kakitangan Hospital Tawau yang menguruskan Rak Syurga ini. Semoga segala apapun bentuk pengorbanannya dibalas oleh Allah dengan balasan sebaik-baiknya.

Sebarang update aktiviti [email protected] SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
[email protected] SABAH
01119560583

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *