PRK Kimanis: Satu lawan satu

PRK Kimanis: Satu lawan satu

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin (kiri) bersama Calon Parti Warisan, Datuk Karim Bujang bertanding dua penjuru dalam Pilihan Raya Kecil P.176 Parlimen Kimanis. – Foto Khairull Azry Bidin

BEUFORT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis pada 18 Januari ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Barisan Nasional (BN).

Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kimanis, Jupery Etok, pada jam 10.25 pagi selepas tempoh penamaan calon di pusat penamaan di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort, di sini.

Dua calon terbabit ialah calon BN, Datuk Mohamad Alamin, 48, dan Datuk Karim Bujang dari WARISAN, 66.

#PRKKimanis: Pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan, Datuk Karim Bujang (kanan) menentang calon BN, Datuk Mohamad Alamin. – Foto BERNAMA

Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat pada jam 10 pagi ini.

Mohamad mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.07 pagi manakala Karim pada jam 9.10 pagi.

“Selepas menyemak kertas pencalonan itu dan saya berpuashati sekali gus tidak ada calon ditolak borang mereka,” katanya.

Pengundian awal ialah pada 14 Januari.
-Bharian

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *