PPM TAWAU MENERUSI OP INTERAGENSI BERSAMA KASTAM BERJAYA GAGALKAN PENYELUDUPAN TONG GAS KE INDONESIA

PPM TAWAU MENERUSI OP INTERAGENSI BERSAMA KASTAM BERJAYA GAGALKAN PENYELUDUPAN TONG GAS KE INDONESIA

TAWAU; 29 NOVEMBER 2019 (Jumaat) – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan Tong Gas LPG selepas menahan seorang lelaki tempatan, 62 tahun yang membawa 25 Tong Gas tanpa permit untuk diseludup keluar ke negara jiran di Tanjung Batu, petang Kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, Serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dan pemantauan menerusi operasi Op Interagensi PPM Tawau bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sebuah jeti yang tidak diwartakan di Logpond, Tanjung Batu, kira-kira pukul 3.30 petang.

Katanya, Hasil pemeriksaan keatas bot berkenaan berjaya menjumpai sebanyak 25-tong gas yang disembunyikan di bawah canvas dipercayai cuba dibawa ke Pulau Sebatik untuk tujuan diseludup keluar ke Indonesia.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan gagal menunjukkan permit atau surat kebenaran daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) barangan kawalan berkenaan.

Suspek beserta barang rampasan diiring ke pangkalan PPM Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai 32-ribu ringgit.

ACP Pajeri berkata, Kes tersebut diserahkan kepada pihak KPDNHEP Tawau dan disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 Dan Jika sabit kesalahan, suspek turut boleh dikenakan hukuman dibawah Seksyen 22(1) Akta yang sama yang membawa peruntukkan denda maksimum 1-juta ringgit atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. -BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *