PPM SEMPORNA TAHAN 2 LELAKI PALAUH TERLIBAT AKTIVITI BOM IKAN

PPM SEMPORNA TAHAN 2 LELAKI PALAUH TERLIBAT AKTIVITI BOM IKAN

SEMPORNA; 10 Disember 2019 (Selasa) – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan dua lelaki Palauh dan merampas sejumlah ikan Belawis dipercayai di bom di kawasan laut, Tanjung Sironggol, Semporna, Kelmarin.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, kedua-dua lelaki berkenaan masing-masing berumur 50 dan 35 tahun dari Kampung Bangau-Bangau dan Tanjung Kapor ditahan selepas bot yang dijuragani dikesan melakukan aktiviti pengeboman ikan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan berkata, tindakan licik kedua-dua suspek menjalankan aktiviti pengeboman dengan cara seorang suspek membaling bom ke laut sebelum beredar dan seorang lagi suspek ke lokasi terbabit untuk mengaut hasil ikan bom gagal.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini ditahan dibawah seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan1985. -BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *