PPM LAHAD DATU TAHAN EMPAT INDIVIDU WARGA TEMPATAN, RAMPAS LEBIH 8-RIBU BUNGKUS ROKOK TANPA CUKAI

PPM LAHAD DATU TAHAN EMPAT INDIVIDU WARGA TEMPATAN, RAMPAS LEBIH 8-RIBU BUNGKUS ROKOK TANPA CUKAI

LAHAD DATU; 9 DISEMBER 2019 (Isnin) – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya menahan tiga wanita serta seorang lelaki warga tempatan dan merampas 8-ribu 230-bungkus rokok pelbagai jenama dengan anggaran nilai 416-ribu 700-ringgit dalam Op Landai, di Kampung Sabah Baru Jalan Tengah Nipah, pukul 7 pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan medianya berkata, kesemua mereka berumur 25 hingga 55 tahun itu ditahan selepas kediaman mereka masing-masing dikesan menjalankan kegiatan penyeludupan dan penjualan rokok yang tidak bercukai di daerah ini.

Beliau berkata, kesemua tangkapan dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(v)(aa) akta sama yang memperuntukkan denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan atau 100-ribu ringgit yang mana lebih tinggi.
-BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *