POLIS TAWAU TAHAN LELAKI DISYAKI PENGEDAR, RAMPAS SYABU 9-RIBU RINGGIT

POLIS TAWAU TAHAN LELAKI DISYAKI PENGEDAR, RAMPAS SYABU 9-RIBU RINGGIT

TAWAU; 5 JANUARI 2020 (Ahad) – Polis berjaya menggagalkan cubaan lelaki warga Indonesia disyaki mengedar dadah dan merampas kira-kira 100.08 gram dadah jenis syabu dengan anggaran nilai 9-ribu ringgit dalam Operasi di tapak parkir sebuah pasaraya di Jalan Chong Thien Vun, Kelmarin.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, suspek berumur 33 tahun berkenaan berjaya diberkas sepasukan Pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau susulan maklumat pengedaran dadah di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerahnya, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataan medianya berkata, pemeriksaan lanjut pada beg suspek menemui dua peket plastik lutsinar berisi bahan hablur disyaki dadah jenis syabu.

Beliau berkata, ujian air kencing turut mendapati suspek Positif amphetamine dan Methapethamine.

Suspek akan disiasat dibawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

#BESTAWAUFM

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *