POLIS TAHAN 3 LELAKI TERLIBAT KES PECAH RUMAH MELIBATKAN KERUGIAN 100-RIBU RINGGIT

POLIS TAHAN 3 LELAKI TERLIBAT KES PECAH RUMAH MELIBATKAN KERUGIAN 100-RIBU RINGGIT

TAWAU; 8 DISEMBER 2019 (Ahad) – Tindakan pantas Polis Tawau berjaya memberkas tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Kampung Haji Matahir Tawau, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam kenyataan berkata, ketiga-tiga lelaki iaitu dua warganegara dan seorang Warga Indonesia berumur 20 hingga 29 tahun berkenaan ditahan pada 8.20 pagi dan 12 tengahari.

Beliau berkata, penahanan ketiga-tiga suspek susulan laporan polis dibuat pengadu pada Jumaat lalu selepas mendapati kediamannya di pecah masuk dan beberapa barang berharga yang disimpan di dua beg tangan disyaki dicuri sehingga mengakibatkan kerugian dianggarkan 100-ribu ringgit.

Menurut ACP Peter, hasil penahanan ketiga-tiga suspek, polis berjaya merampas barangan yang disyaki dicuri milik pengadu iaitu Sebuah beg tangan, telefon bimbit, rantai dan gelang emas, cincin, power bank dan wang tunai pelbagai not bernilai 7-ribu ringgit.

Katanya, ketiga-tiga suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *