POLIS SEMPORNA TAHAN EMPAT REMAJA LELAKI DISYAKI ROGOL GADIS BISU, PEKAK

POLIS SEMPORNA TAHAN EMPAT REMAJA LELAKI DISYAKI ROGOL GADIS BISU, PEKAK

SEMPORNA; 9 DISEMBER 2019 (Isnin) – Polis menahan 4 remaja lelaki disyaki merogol seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun dalam kejadian di Sebuah pondok kosong di Ladang Pinang Semporna, sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supritendan Sabarudin Rahmat dalam kenyataan berkata, kesemua remaja Warga tempatan berumur 14 hingga 16 tahun itu ditahan susulan laporan Polis dibuat ayah mangsa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pengadu mendapati anaknya yang bisu dan cacat pendengaran tidak berada di biliknya kira-kira pukul 2 pagi.

Pengadu kemudian keluar dari rumah dan menemui mangsa berada di luar Rumah mertuanya sebelum membawa mangsa pulang.

Mangsa kemudian memaklumkan pengadu dengan bahasa isyarat mendakwa mangsa telah dirogol selain menunjukkan tempat kejadian itu berlaku.

Menurut Supritendan Sabarudin, semasa kejadian, seorang suspek dipercayai telah membuat panggilan video terhadap mangsa dan berjumpa dengan kesemua suspek di sebuah pondok kosong yang terletak kira-kira 15 meter dari kediaman gadis terbabit.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman selama 7 hari bermula kelmarin untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan. -BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *