POLIS MINTA SAKSI RAKAM VIDEO TULAR ANGGOTA PENGUATKUASA JPJ KASARI PENUNGGANG MOTOSIKAL TAMPIL BANTU SIASATAN

POLIS MINTA SAKSI RAKAM VIDEO TULAR ANGGOTA PENGUATKUASA JPJ KASARI PENUNGGANG MOTOSIKAL TAMPIL BANTU SIASATAN

LAHAD DATU; 11 JANUARI 2020 (Sabtu) – Polis meminta saksi yang merakam video kejadian penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan kekerasan terhadap seorang Penunggang motosikal yang tular di media sosial baru-baru ini tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata, saksi berkenaan boleh tampil ke IPD daerah ini atau IPD berdekatan untuk diambil keterangan atau percakapan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi yang berlaku di Kilometer 23 Jalan Lahad Datu -Sandakan, saksi berkenaan dipercayai merakam sebuah video berdurasi 45 saat yang memaparkan anggota JPJ melakukan kekerasan dengan menendang Penunggang motosikal lelaki terbabit.

Sebelum ini, IPD Lahad Datu menerima laporan Polis berhubung kejadian itu dan berdasarkan keterangan, suspek berumur 20 tahun berkenaan disyaki bertindak melarikan diri dalam Selatan Jalan Raya (SJR) dan cuba merempuh dua Pegawai JPJ yang bertugas.

ACP Nasri berkata, bagaimanapun, tindakan suspek untuk melarikan diri gagal apabila tayar motosikal yang ditunggang bergesel dengan bahagaian hadapan kenderaan JPJ mengakibatkannya menuju ke parit di tepi jalan.

Dua anggota JPJ kemudian cuba memberhentikan suspek sebelum berjaya menahan suspek yanh bertindak agresif.

Suspek yang cuba melawan semasa ditahan menyebabkan anggota JPJ menggunakan kekerasan untuk merebahkan suspek.

Kes kemudian disiasat dibawah Seksyen 186/323 Kanun Keseksaan.

Sumber fb : BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *