POLIS LAHAD DATU TUMPASKAN SINDIKET JUAL BELI BAJA, 60.55 TAN PELBAGAI JENIS BAJA DIRAMPAS

POLIS LAHAD DATU TUMPASKAN SINDIKET JUAL BELI BAJA, 60.55 TAN PELBAGAI JENIS BAJA DIRAMPAS

LAHAD DATU; 8 JANUARI 2020 (Rabu) – Polis Lahad Datu berjaya menumpaskan sindiket penjualan dan pembelian baja selepas merampas 62.55 tan pelbagai jenis baja bernilai 656 ribu 852 ringgit, di Batu 4, Jalan Lahad Datu – Sandakan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, sindiket tersebut yang aktif sejak tahun 2018 itu berjaya ditumpaskan selepas pihaknya menahan 7 lelaki terdiri 6 warga tempatan dan seorang warga asing berumur antara 17 hingga 38 tahun.

Menurutnya, semua lelaki tersebut ditahan ketika melakukan pemunggahan baja dari 2 buah lori dalam saru serbuan di sebuah gudang di kawasan tersebut kira-kira pukul 10 malam, pada Isnin.

Katanya, dua daripada lelaki tersebut merupakan pemandu lori manakala 5 lagi yang ditahan merupakan pekerja di gudang tersebut yang menjalankan kerja-kerja membungkus semula baja tersebut dengan bungkusan baharu dan menggunakan nama syarikat baharu sebelum dijual kepada pekebun kecil atau syarikat ladang sawit dengan harga lebih murah.

Jelasnya, satu kertas siasatan juga akan dibuka bagi mengesan dalang utama sindiket berkenaan dipercayai sebagai pemilik gudang yang juga menjadi pembeli utama bagi baja yang dijual dengan harga lebih rendah daripada harga pasaran.

Beliau menyatakan perkara itu dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD), Lahad Datu, di Lahad Datu.

Semua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 407 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berkaitan, ACP Nasri berkata, pihaknya tegas membanteras sindiket penjualan dan pembelian baja tersebut berikutan dikhuatiri baja yang dijual oleh sindiket terbabit digunakan sebagai aktiviti pengeboman ikan.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *