POLIS LAHAD DATU TAHAN WARGA ASING MILIKI SYABU 30.35 GRAM LEBIH 4-RIBU RINGGIT

POLIS LAHAD DATU TAHAN WARGA ASING MILIKI SYABU 30.35 GRAM LEBIH 4-RIBU RINGGIT

LAHAD DATU; 20 DISEMBER 2019 (Jumaat) – Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Lahad Datu berjaya menahan seorang penagih dan merampas 30.35 Gram Dadah jenis Syabu bernilai 4-ribu 552-ringgit 50 sen dalam Operasi Sarang di kawasan Taman Panji, Jalan Panji, petang tadi.

Ketua Polis Daerahnya, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata, lelaki Warga Filipina berumur 32 tahun berkenaan ditahan selepas dikesan mencurigakan kira-kira pukul 1.30 petang.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut pada poket seluar suspek menemui 4 paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki syabu.

Suspek kemudian dibawa ke IPD Lahad Datu untuk siasatan dibawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. -BESTAWAUfm

#myTawau

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *