POLIS LAHAD DATU RAMPAS DUA LARAS SENAPANG ANGIN, PELURU HIDUP DAN TAHAN LELAKI TIADA KETERANGAN DIRI

POLIS LAHAD DATU RAMPAS DUA LARAS SENAPANG ANGIN, PELURU HIDUP DAN TAHAN LELAKI TIADA KETERANGAN DIRI

LAHAD DATU; 8 JANUARI 2020 (Rabu) – Polis Lahad Datu berjaya menahan seorang lelaki tidak memiliki sebarang keterangan diri dan merampas dua laras senapang angin buatan sendiri beserta peluru hidup di sebuah rumah tidak bernombor di batu 18 Jalan Segama, Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, suspek berumur 29 tahun itu ditahan dalam satu serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari. Pemeriksaan keatas rumah berkenaan telah menjumpai dua laras senapang angin buatan sendiri yang disembunyikan di tepi almari di ruang tamu dan sebuah lagi dijumpai di dinding tandas di bawah rumah yang diletakkan di dalam beg galas.

Turut dijumpai, dua butir peluru hidup dipercayai jenis ‘buckshot’ yang disimpan di dalam kotak rokok yang diletakkan diatas para dapur.

Kesemua barang termasuk dua laras senapang angin buatan sendiri, dua butir peluru hidup, tiga biji guli, satu beg galas, satu botol lutsinar dipercayai mengandungi cecair ‘spirit’ dan kotak rokok tempat menyimpan peluru dirampas untuk siasatan lanjut

ACP Nasri berkata, suspek dan kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *