POLIS KUNAK TAHAN PENGEDAR DADAH, RAMPAS SYABU 51.91 GRAM

POLIS KUNAK TAHAN PENGEDAR DADAH, RAMPAS SYABU 51.91 GRAM

KUNAK; 5 JANUARI 2020 (Ahad) – Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas 51.91 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai lebh 7-ribu ringgit dalam serbuan di kawasan tempat cuci kereta di Simpang Empat Kunak, Jumaat lepas.

ketua Polis Daerah Kunak, Supritendan Baharin Md. Tahir dalam kenyataan berkata, suspek warga tempatan berumur 30 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 pagi semasa berada di dalam sebuah motokar yang dipandunya.

Pemeriksaan lanjut pada kenderaan menemui lima paket plastik lutsinar pelbagai saiz sederhana besar mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dan satu peket berisi 13 tiub platik lut sinar turut mengandungi syabu yang disembunyikan di beg kecil berzip.

Beliau berkata, suspek sebelum ini pernah ditahan dibawah Seksyen 12(2) di Lahad Datu dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 masing-masing di Lahad Datu dan Tawau.

Katanya, kini suspek akan disiasat dibawah 39B Akta yang sama.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *