PGA TAWAU RAMPAS ROKOK BERNILAI LEBIH RM289,532.00

PGA TAWAU RAMPAS ROKOK BERNILAI LEBIH RM289,532.00

TAWAU (12 Disember) – Rokok seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM289,532.00 berjaya dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 selepas satu serbuan dibuat di Kampung Hidayat, Batu 4, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau Superintendan Yacob Murad berkata, serbuan dibuat selepas mendapat maklumat daripada orang awam berkaitan aktiviti penyeludupan itu.

“Sejurus menerima maklumat daripada cawangan risikan PGA, pasukan kita bertindak pantas membuat serbuan ke atas sebuah garaj kereta di kampung berkenaan dan mendapati empat suspek termasuk tiga warga asing berumur 24 hingga 54 tahun sedang memunggah rokok ke dalam tiga kenderaan.

“Hasil serbuan itu, pasukan kita menemui 72 kotak mencurigakan dibalut plastik hitam di dalam tiga kenderaan jenis sedan yang sudah diubah suai,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Yacob berkata, hasil siasatan terhadap kotak-kotak terbabit, mendapati terdapat 925 karton rokok jenama Premium, 1,000 karton jenama L.A dan 286 karton jenama Suria Gudang Garam disyaki untuk stok pasaran tempatan.

“Kesemua tangkapan dan rampasan keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM409,532.40 telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Tawau untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *