PENYAMBUNGAN AIR SECARA HARAM, 10 PAM AIR DISITA JABATAN AIR TAWAU

PENYAMBUNGAN AIR SECARA HARAM, 10 PAM AIR DISITA JABATAN AIR TAWAU

TAWAU; 3 OKTOBER 2019 (Khamis) – Jabatan Air Tawau telah menyita 10 buah Pam Air yang di pasang secara haram dan tidak mengikut spesifikasi yang betul sehingga dipercayai mengakibatkan tekanan air rendah dikawasan Fajar Tawau.

Jurutera Air Bahagian Tawau, Asabri Robensen berkata tindakan pemotongan ke atas semua penyambungan berkenaan dibuat dalam operasi Ops Pam kira-kira tujuh jam bermula 9.10 pagi, kelmarin.

Beliau berkata, tindakan pemotongan itu juga dilakukan atas kesalahan dibawah Seksyen 56 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003.

Tegas Asabri, semua Pengguna perlu mematuhi undang-undang sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air 2003 bagi mengelak dikenakan denda sekiranya melakukan kesalahan.

Dalam pada itu, beliau menasihati agar individu dan syarikat-syarikat yang dikenakan tindakan kompaun sebelum ini agar menjelaskan bayaran kompaun dengan segera bagi mengelak tindakan mahkamah diambil selain menyulitkan lagi proses membuat penyambungan meter baru. -BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *