PEMBINAAN BALAI BOMBA MEROTAI BERNILAI LEBIH 8 JUTA RINGGIT AKAN SIAP DALAM MASA 2 TAHUN

PEMBINAAN BALAI BOMBA MEROTAI BERNILAI LEBIH 8 JUTA RINGGIT AKAN SIAP DALAM MASA 2 TAHUN

TAWAU; 25 NOVEMBER 2019 (Isnin) – Penantian sekian lama penduduk Merotai untuk mendapatkan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia bakal berakhir selepas berlangsungnya Majlis Pecah Tanah Balai berkenaan pagi tadi di Merotai.

Majlis disempurnakan Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamaruddin.

Bercakap kepada Media, Zuraida berkata, balai kategori D itu dibina dengan Kos 8.9-juta ringgit dan pembianaanya akan dimulakan secepat mungkin.

Katanya, balai yang dibina di tanah seluas 2.1 hektar itu juga menempatkan 1 unit kuartes jenis E dan 3 jenis F dijangka akan siap dalam tempoh 2 tahun akan datang.

Zuraida berkata, dari segi kekuatan balai bomba dan penyelamat Merotai itu nanti akan dianggotai 10 pegawai dan anggota dengan sebuah jentera selain 18 orang anggota Bomba bantuan yang akan bertindak segera jika mendapat panggilan kecemasan.

Balai berkenaan juga akan mengurangkan masa respon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang sebelum ini mendapatkan khidmat JPBM Tawau yang jaraknya melebihi 31 Kilometer dan mengambil masa perjalanan selama 36-minit.

Sementara itu, pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Merotai Sarifuddin Hata berkata, rakyat di kawasan itu melahirkan terima kasih dengan keperihatinan kerajaan meluluskan peruntukkan pembinaan balai bomba dan penyelamat berkenaan. -BESTAWAUfm

#myTawau

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *