PELANCONG ANTARA 23 INDIVIDU DIKOMPAUN MEROKOK DI LAPANGAN TERBANG TAWAU

PELANCONG ANTARA 23 INDIVIDU DIKOMPAUN MEROKOK DI LAPANGAN TERBANG TAWAU

TAWAU; 5 JANUARI 2020 (Ahad) – Pelancong warga asing antara 23 individu yang menerima notis kompaun 32B kerana didapati merokok di kawasan larangan di lapangan terbang Tawau, kelmarin.

Pegawai Pejabat Kesihatan Persekitaran Tawau, Rahman Sampe yanh dihubungi pemberita RTM berkata, kesemua mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Operasi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) selepas penguatkuasaan larangan merokok sejak 1 Januari lepas.

Beliau berkata, 23 notis 32B di bawah peraturan 11(1)(g) dikeluarkan dan empat notis peraturan 12(1)(a) turut dikeluarkan kepada pengusaha restoran di Balung atas kegagalan mempamerkan tanda larangan merokok di premis makanan.

Tegas Rahman, pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan terbabit termasuklah orang belum dewasa dan warga asing yang merokok di kawasan larangan.

Dalam pada itu, Rahman menasihati agar ejen pelancongan memaklumkan larangan merokok di kawasan tertentu khususnya di lapangan terbang dan kedai makan dan tindakan yang diambil sekiranya ingkar larangan tersebut kepada pelanggan masing-masing.

Katanya, ejen pelancongan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung penguatkuasaan itu di Pejabat Kesihatan terdekat.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *