PASANGAN KEKASIH ANTARA 3 DIBERKAS TERLIBAT KES CURI DI TANJUNG LABIAN

PASANGAN KEKASIH ANTARA 3 DIBERKAS TERLIBAT KES CURI DI TANJUNG LABIAN

LAHAD DATU; 10 JANUARI 2020 (Jumaat) – Pasangan kekasih antara tiga yang diberkas polis selepas terlibat dalam kes curi dalam bangunan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Labian Tungku, Lahad Datu, kelmarin.

Ketiga-tiga suspek berumur 22 hingga 49 tahun itu berjaya ditahan susulan laporan Polis dibuat mangsa berumur 43 tahun kira-kira pukul 1.45 petang.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan medianya berkata, dua suspek lelaki berjaya dicekup di dalam sebuah kenderaan di hadapan sebuah rumah di Sahabat 3 Desa Kencana, kira-kira pukul 3.22 petang.

Susulan penahanan itu, suspek wanita kemudian ditahan di sebuah bilik dalam rumah terbabit.

Beliau berkata, semasa kejadian, mangsa dipercayai tidak berada di rumah dan sebaik pulang, anak perempuan mangsa berumur 10 tahun memaklumkan bahawa seorang wanita mencari mangsa dan telah disuruh oleh wanita berkenaan untuk membeli kad tambah nilai prabayar disebuah kedai runcit.

Mangsa kemudian mendapati wang tunai berjumlah 5-ribu ringgit serta dokumen-dokumen penting milik mangsa dan anak-anak telah hilang yang diletakkan di laci almari dalam sebuah bilik di rumah mangsa.

Menurut ACP Nasri, hasil tertangkapnya kesemua suspek, pihaknya berjaya merampas wang tunai lebih 4-ribu ringgit, dua telefon bimbit beberapa keping kad pengenalan, seutas jam tangan dan sebuah kenderaan.

Katanya, ujian air kencing mendapati kesemua suspek Positif Syabu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sumber: fb #BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *