ORANG RAMAI MILIKI GEJALA DEMAM, COVID-19 DISARAN HADIR KE ‘FEBER CENTER’ DI HOSPITAL BESAR TAWAU

ORANG RAMAI MILIKI GEJALA DEMAM, COVID-19 DISARAN HADIR KE ‘FEBER CENTER’ DI HOSPITAL BESAR TAWAU

TAWAU; 12 MARCH 2020 (Khamis) – ‘Fever Center’ atau Pusat Demam yang dibuka di Hospital Tawau mula beroperasi hari ini.

Timbalan Pengarah Hospital Tawau, Dr Azman Ibrahim berkata, pusat demam itu khusus untuk orang awam yang mempunyai gejala demam selain 350 jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling di Kuala Lumpur sebelum ini bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Beliau berkata, mereka boleh mendapatkan pemeriksaan awal dan rawatan lanjut di pusat terbabit berikutan ia beroperasi 24 jam untuk kemudahan orang awam.

Beliau berkata, Pusat Demam yang dibuka itu juga antara lain bagi memudahkan mereka yang menghadapi simptom-simptom demam tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan atau pada waktu biasa di hospital induk.

Lokasi Pusat Demam itu terletak berhampiran kantin dan bangunan Forensik di Hospital Tawau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di RTM Tawau.

Tinjauan RTM di Pusat Demam itu mendapati, setakat pukul 2-petang tadi, 9-individu hadir di Pusat berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut antaranya orang awam, individu yang demam selepas berkunjung ke luar negara serta beberapa jemaah tabligh.

Sementara itu, Pegawai Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau, Dr G Navindran turut mengesahakan setakat ini masih terdapat seorang daripada 350 jemaah tabligh dari Tawau yang pernah hadir ke Kuala Lumpur masih dikuarantin di Hospital tersebut.

Beliau berkata, setakat semalam hingga pagi tadi, lebih 100 orang telah mendapatkan saringan COVID19 di klinik Kesihatan Tawau.

Justeru, beliau sentiasa memberi peringatan kepada orang awam agar tidak panik sebaliknya sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *