MEMULAKAN 2020 DENGAN TERUS MENYANTUNI FAKIR MISKIN DI BAWAH SELIAAN [email protected] SABAH

MEMULAKAN 2020 DENGAN TERUS MENYANTUNI FAKIR MISKIN DI BAWAH SELIAAN PERKALAS@TF SABAH

TAWAU_ 1 JANUARI 2020 | Malam ini berpeluang menziarahi 14 ketua keluarga yang hidup dalam serba kekurangan. Alhamdulillah sedikit barangan dapur telah dikongsikan kepada mereka. Sebulan sekali inilah rutin para sukarelawan kami mendengar keluh kesah dan melihat sendiri keadaan hidup mereka.

Para asnaf ini ibarat sudah menjadi keluarga kami. Tidak hairan jika bertemu saling berpelukan ibarat ayah dan anak atau pelukan antara atok dan cucunya. Manakan tidak mereka telah bertahun bersama para sukarelawan. Semoga para atok, nenek, abang , akak, adik, pakcik dan makcik ini sentiasa dalam lindungan Allah.

Mereka ini selain hidup miskin, ada juga yang berstatus OKU, warga emas sebatang kara, anak yatim dan ibu tunggal. Apa yang mengagumkan mereka tidak pernah hidup meminta-minta. Dalam ziarah kali ini berkesempatan bertemu adik guntur dan adik beradiknya yang lain.

Sedih melihat keadaannya, ditinggal ibu empat beradik ini tetap meneruskan persekolahannya walau tanpa baju baru dan kasut baru. Ayahnya hanya bekerja sebagai pencari ketam bakau. In sya Allah ada kelapangan dan rezeki para sukarelawan akan berusaha secepatnya mengembirakan anak-anak ini dengan menyediakan peralatan sekolahnya.

Terima kasih dan tahniah kepada rakan-rakan yang sehingga saat ini masih dipilih Allah walau apa carapun untuk membantu gerak kerja kemanusiaan ini. Semoga Allah terus memilihmu dan merahmatimu sekeluarga. In sya Allah penduduk langit pasti mendoakanmu.

Sebarang update aktiviti [email protected] SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
[email protected] SABAH
01119560583

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *