MANGSA SERANGAN BUAYA DI SUNGAI KALUMPANG DITEMUI SEPARUH BADAN TANPA KEDUA-DUA KAKI, TANGAN KANAN

MANGSA SERANGAN BUAYA DI SUNGAI KALUMPANG DITEMUI SEPARUH BADAN TANPA KEDUA-DUA KAKI, TANGAN KANAN

TAWAU; 9 JANUARI 2020 (Khamis) – Mayat pekerja ladang berumur 36 tahun disyaki dibaham buaya di Sungai Kalumpang Jalan Tawau-Semporna petang kelmarin ditemui separuh badan tanpa dua belah kaki dan tangan kanan, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 6-ratus meter dari lokasi mangsa diserang dalam keadaan terapung pada pukul 10.20 pagi di tebing sungai oleh pasukan bomba.

Beliau berkata, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua yang bermula pukul 8 pagi tadi selepas ditangguh pukul 7.30 semalam turut disertai Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Atas Air Semporna serta penduduk Kampung.

Katanya, Pencarian dilakukan dengan cara ‘water surface searching’ menggunakan dua buah bot yang tertumpu di tebing sungai dengan kekuatan 14 anggota.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM selepas ditemui di lokasi kejadian, di Sungai Kalumpang.

Menurut Sharudy, mangsa dipercayai
bersama seorang rakannya membuat aktiviti selam untuk mencari umpan memancing sebelum naik ke permulaan air dan diserang reptilia terbabit.

Rakan mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak Pengurusan Ladang dan BBP Tawau pada 4.43 petang untuk operasi SAR petang kelmarin.

Operasi kemudian ditamatkan pada 10.30 pagi sementara mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *