MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG TITINGAN DIINGATKAN TIDAK BOLEH BINA SEMULA RUMAH DI KAWASAN SAMA

MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG TITINGAN DIINGATKAN TIDAK BOLEH BINA SEMULA RUMAH DI KAWASAN SAMA

TAWAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong mengingatkan mangsa kebakaran Kampung Titingan, yang berlaku pada 7 Dis lepas, agar tidak membina semula rumah di tanah berkenaan.

Jelasnya, tanah itu sebenarnya merupakan tanah kerajaan yang mana kerajaan negeri mempunyai perancangan pembangunan perumahan.

“Mangsa kebakaran perlu bersabar kerana kerajaan pasti akan membantu mereka mendapatkan rumah,” katanya ketika ditemui pemberita pada lawatannya ke kawasan kebakaran itu di sini hari ini.

Jaujan, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memantau kawasan berkenaan agar tiada pembinaan dilakukan di kawasan itu.

Sebanyak 22 rumah musnah dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu melibatkan 116 mangsa.
Sumber: Borneotoday.net

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *