LIMA WANITA ANTARA LAPAN INDIVIDU DITAHAN TERBABIT KEGIATAN JUDI ONLINE

LIMA WANITA ANTARA LAPAN INDIVIDU DITAHAN TERBABIT KEGIATAN JUDI ONLINE

LAHAD DATU; 20 DISEMBER 2019 (Jumaat) – Lima wanita antara lapan individu ditahan selepas terbabit dalam kegiatan penjualan loteri awam tanpa lesen dan judi atas talian di Lahad Datu, rabu lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass dalam sidang medianya di Kota Kinabalu berkata, tangkapan pertama dilakukan keatas dua wanita warga asing berumur 19 dan 24 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Manau, Jalan Silam.

Beliau berkata, dua lelaki dipercayai sebagai pengurus kepada dua wanita itu kemudian ditahan selepas datang ke IPD Lahad Datu cuba membebaskan kedua-dua wanita terbabit.

Sementara itu, empat lagi individu termasuk tiga wanita ditahan di sebuah rumah di belakang kedai runcit Batu 5, Jalan Segama.

Menurut Datuk Zaini, selain wang ringgit, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan perjudian atas talian iaitu telefon bimbit, printer, komputer riba dan tablet. -BESTAWAUfm

#myTawau

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *