LELAKI WARGA FILIPINA DITAHAN MILIKI 5.28-GRAM SYABU DI LAHAD DATU

LELAKI WARGA FILIPINA DITAHAN MILIKI 5.28-GRAM SYABU DI LAHAD DATU

LAHAD DATU; 7 MARCH 2020 (Sabtu) – Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Filipina dan merampas 5.28-gram Dadah jenis Syabu dengan anggaran nilai 792-ringgit dalam Operasi Sarang di Kampung Epil Jalan Kastam Baru, Lahad Datu, Kelmarin.

ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataannya berkata, suspek berumur 30-tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang.

Beliau berkata, syabu yang dibungkus dalam empat peket lut sinar berkenaan ditemui di bahagian poket sebelah kanan seluar jeans yang dipakai suspek.

Suspek kemudian dibawa ke IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

#BESTAWAUFM

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *