LELAKI TEMPATAN DITAHAN DENGAN DADAH SEBERAT 5.04 GRAM

LELAKI TEMPATAN DITAHAN DENGAN DADAH SEBERAT 5.04 GRAM

LAHAD DATU; 24 OKTOBER 2019 (Khamis) – Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) daerah Lahad Datu berjaya menahan seorang lelaki tempatan kerana memiliki Dadah jenis Syabu dengan berat 5.04 gram semasa menjalankan operasi Op Sarang di kawasan Kampung Pisang, Jalan Bakawali, Lahad Datu, Kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, serbuan dibuat kira-kira pukul 2 petang itu menyasarkan kawasan disyaki pot penagih dadah di kawasan berkenaan.

Suspek seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun dan Polis berjaya menahan suspek selepas berlaku pergelutan apabila suspek dikesan tiba-tiba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.

Katanya, Polis menjumpai sebanyak 26 paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki Dadah jenis Syabu dengan berat 5.04 gram dan 25 gulung kertas timah (foil) di dalam beg silang milik suspek.

Suspek dibawa ke balai polis Lahad Datu dan harga pasaran Syabu dirampas dianggarkan bernilai 756-ringgit.

Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disabit kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada tahun 2018.

ACP Nasri berkata, Suspek juga dipercayai telah terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah (Syabu) awal tahun 2019 kerana ingin mencari pendapatan harian.

Ujian saringan awal mendapati suspek Positif dadah jenis Methapethamine.

Katanya, Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. -BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *