LEKA ‘KERJAKAN’ HASIL BURUAN DISYAKI UNTUK DINIKMATI SEMPENA TAHUN BARU DAN DIJUAL, 5 PEMBURU HARAM DICEKUP DI TABIN

LEKA ‘KERJAKAN’ HASIL BURUAN DISYAKI UNTUK DINIKMATI SEMPENA TAHUN BARU DAN DIJUAL, 5 PEMBURU HARAM DICEKUP DI TABIN

LAHAD DATU; 3 JANUARI 2020 (Jumaat) – Lima pemburu haram yang sedang leka ‘mengerjakan’ hasil buruan mereka dipercayai untuk ‘dinikmati’ sempena Tahun Baru 2020 dan dijual kepada pelanggan berjaya diberkas sepasukan Khas Jabatan Perhutanan Sabah (Protect) di utara Hutan Simpan Tabin berhampiran ladang kelapa sawit, rabu lepas.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Jaini dalam kenyataan medianya berkata, kesemua lelaki warga Indonesia dan seorang warga tempatan berumur 20 hingga 50 tahun itu ditahan atas maklumat awam berhubung kegiatan perburuan dipinggir hutan simpan tersebut.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati terdapat suspek pekerja ladang berhampiran merupakan dalang kepada kegiatan terbabit dan hasil buruan disyaki untuk dijual kepada pelanggan berumur 27 tahun.

Menurut Datuk Mashor, semasa serbuan, pihaknya turut merampas 3 bangkai babi hutan dan beberapa bahagian babi hutan yang telah siap dipotong.

Katanya, kes telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk siasatan dibawah Enakmen Pemuliharaan hidupan Liar 1997.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *