LAHAD DATU KEARAH ‘LOCK DOWN’, POLIS BERI AMARAN JIKA INGKAR ARAHAN PKP

LAHAD DATU KEARAH ‘LOCK DOWN’, POLIS BERI AMARAN JIKA INGKAR ARAHAN PKP

LAHAD DATU; 22 MARCH 2020 (Ahad) – Polis memberikan amaran sekeras-kerasnya kepada semua penduduk Lahad Datu berkemungkinan besar tindakan ‘Lock Down’ akan dilaksanakan sekiranya masih ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansur berkata, tindakan tegas itu akan diambil memandangkan Lahad Datu antara daerah yang mencatatkan kes positif covid-19 tertinggi di Sabah dengan merekodkan 32-kes setakat semalam.

Bagaimanapun, sekiranya masyarakat patuh arahan PKP, keadaan akan kekal seperti biasa.

Katanya, langkah tegas akan diambil termasuk berkemungkinan tindakan ‘Lock Down’ itu bertujuan menyekat rangkaian penularan wabak covid-19 di daerah berkenaan dari terus merebak.

Justeru, beliau meminta orang ramai agar duduk diam-diam di dalam rumah masing-masing dan tidak lagi keluar rumah sehinggalah 31 mac.

Susulan itu, pihaknya akan melakukan rondaan dan pemantauan berterusan di semua kawasan untuk memastikan arahan di bawah PKP dipatuhi.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi RTM.

Mengulas lanjut, mengenai tular arahan berbentuk ‘mesej suara’ menyatakan orang ramai mesti berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar selepas pukul 7 malam adalah perkara yang kena dipatuhi dan telah dilaksanakan bermula semalam.

Katanya, arahan menghadkan waktu tersebut telah dimaklumkan kepada semua Ketua Balai (KB) di daerah berkenaan bagi memastikan penduduk tidak lagi berkeliaran dengan kenderaan atau keluar rumah tanpa urusan penting pada waktu tersebut sekaligus bersama mematuhi arahan PKP yang berkuatkuasa sejak 18 mac lepas.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *