JANDA BERSTATUS ‘NENEK’ LAYANI KEKASIH ‘DUDA’ ANTARA EMPAT PASANGAN KHALWAT DICEKUP JHEAINS TAWAU – OPS TAHUN BARU 2020

JANDA BERSTATUS ‘NENEK’ LAYANI KEKASIH ‘DUDA’ ANTARA EMPAT PASANGAN KHALWAT DICEKUP JHEAINS TAWAU – OPS TAHUN BARU 2020

TAWAU; 1 JANUARI 2020 (Rabu) – Pasangan datuk dan nenek yang berstatus duda serta janda antara empat pasangan yang dicekup Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Tawau dalam Operasi Sempena Sambutan Tahun Baru 2020 di sebuah bilik penginapan murah di Tawau, malam tadi.

Kedua-dua pasangan Warga tempatan berumur 54 dan 43 tahun itu mendakwa telah bercinta selama dua bulan dan menyewa bilik secara harian di penginapan berkenaan selain merancang untuk berkahwin pada 1 Januari (hari ini) di Semporna.

Perkara itu terbongkar selepas anggota serbuan mengambil masa kira-kira 5 minit mengetuk pintu sebelum dibuka oleh wanita dan mendapati seorang lelaki sedang baring di bilik tersebut.

Pasangan kekasih itu dipercayai tinggal bersama berikutan wanita berkenaan tinggal sebatang kara selepas bercerai dengan suaminya selain mendakwa teman lelakinya merupakan tempat bergantung pada masa kini.

Pegawai Tadbir Agama Jheains Tawau, Kahar Sundu berkata, pihaknya turut menahan tiga lagi pasangan remaja yang berkhalwat di tiga penginapan berasingan di Bandar Tawau.

Pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai hubungan dan tinggal berdua-duaan di sebuah bilik sehingga menimbulkan syak dan disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah (EKJSNS) atas kesalahan khalwat.

Beliau berkata, kesemua mereka boleh
di denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, JHEAINS Tawau turut merampas tiga botol minuman keras dan mengenakan notis peringatan kepada tiga lelaki berumur 21 hingga 26 tahun selepas dikesan melakukan kesalahan dibawah Seksyen 57(1) Enakmen yang sama kerana meminum minuman yang memabukkan.

Operasi itu turut disertai 30 Pegawai dan anggota dari agensi penguatkuasaan lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) yanh berlangsung selama 5 jam bermula 10 malam.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *