JALAN CHESTER KINI JADI NADI ‘NIGHT LIFE’ TAWAU

JALAN CHESTER KINI JADI NADI ‘NIGHT LIFE’ TAWAU

TAWAU: Jalan Chester kini menjadi nadi ‘night life’ terbaharu di bandar ini selepas dijadikan pasar  malam pada setiap hujung minggu, bermula semalam.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Datuk Ir Amrullah Kamal berkata, Pasar Malam Chester dibuka setiap hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu bermula pukul 6.30 petang hingga pukul 12 tengah malam.

“Pasar malam ini mula beroperasi hari ini (kelmarin) dan pelancaran pembinaannya akan dilakukan pada 27 Disember ini.

HASNAH HAMZAH

“Lebih menarik lagi Pasar Malam Chester turut menjadi lokasi Festival Jalanan, yang mana akan dihias mengikut perayaan di negara kita,” katanya.

Tambah Amrullah, kali ini, MPT menghias termasuk meletakkan pokok Krismas di bulatan yang ada di situ, sempena sambutan Hari Krismas yang akan datang.

“Ia bertujuan bagi meraikan kepelbagaian budaya dan agama di Tawau.

“Selain itu, lebih 400 tapak perniagaan termasuk trak dan kiosk makanan di sepanjang Jalan Chester,” katanya.

Sementara itu, pengunjung, Hasnah Hamzah, 46, teruja apabila berkunjung ke Jalan Chester pada hari pertama pembukaannya.

EDDY

“Ia cukup menarik terutamanya pokok berhias yang menjadi tarikan utama di sini.

“Ini kali pertama melihat pasar malam yang menarik perhatian di Tawau,” katanya.

Bagi Eddy Mohd Faizal Amin, 35, pembukaan Pasar Malam Chester dapat menjana pendapatan kepada peniaga kecil.

“Saya memuji usaha yang dilakukan MPT untuk menghidupkan kembali bandar Tawau pada setiap Jumaat dan Sabtu, setiap minggu,” katanya.

Sumber: BorneoToday

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *