IPD TAWAU BERJAYA TANGKAP SUSPEK KES PECAH RUMAH

IPD TAWAU BERJAYA TANGKAP SUSPEK KES PECAH RUMAH

TAWAU, 24 DISEMBER 2019- Sepasukan anggota Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai dari Balai Polis Bombalai/PPK Merotai/Brumas telah berjaya membuat tangkapan terhadap 01 orang lelaki warga tempatan di sebuah rumah tidak bernombor yang disyaki terlibat dengan kes pecah rumah di sekitar kawasan Kampung Iban, Merotai.

Setelah memperkenalkan diri sebagai anggota polis, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan.

Setelah dipandu arah oleh suspek, pasukan serbuan telah menjumpai kesemua barang yang telah di curi yang disembunyikan oleh suspek di dalam rumahnya. Seterusnya, pasukan serbuan turut menjumpai sebahagian barang curi yang telah suspek sembunyikan di sekitar kawasan semak Kampung Jagung,Merotai Besar. Pengakuan awal suspek telah mengaku terlibat dengan kes yang disiasat dibawah Sek.457 kanun keseksaan.

Seterusnya suspek dan rampasan telah dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sumber: fb ipd Tawau

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *