Henti operasi bas seluruh Sabah

Henti operasi bas seluruh Sabah

LEMBAGA Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah mengeluarkan arahan menghentikan operasi bas berhenti-henti dan bas mini di seluruh negeri ini susulan perkembangan wabak Covid-19.

Arahan juga selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan persekutuan bermula Rabu lepas.

Arahan berkenaan berkuat kuasa hari ini selaras dengan Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Dan Akta Polis 1967 dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 4:09 PM

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *