GOTONG ROYONG MEGA-2 TINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN KEARAH TAWAU DAERAH BERSIH

GOTONG ROYONG MEGA-2 TINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN KEARAH TAWAU DAERAH BERSIH

TAWAU; 15 DISEMBER 2019 (Ahad) – Penganjuran Gotong-Royong MEGA 2, merupakan antara kaedah terbaik untuk
meningkatkan tahap kebersihan sekaligus memperlihatkan keperihatinan, komitmen dan usaha bersepadu kearah menjadikan Perbandaran Tawau sebagai sebuah daerah yang bersih, indah, cantik dan menarik.

Anggota Dewan Undangan Negeri APAS, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, lagkah itu juga sebagai menyahut seruan Presiden Majlis Perbandaran Tawau untuk menjadikan Tawau dan kampung-kampung sekitarnya menjadi kawasan yang bersih dari sampah-sarap selaras dengan usaha menjadikan Daerah Tawau sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri ini.

Beliau berkata, program itu juga dilihat mampu menjadikan Tawau bebas daripada wabak penyakit yang dikenal pasti beberapa kawasan di daerah ini menjadi Hospot penularan wabak penyakit seperti Denggi dan Malaria.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM di Kampung Titingan Tawau sempena program Gotong-Royong MEGA 2.

Pada majlis itu, Datuk Nizam menzahirkan terima kasih kepada badan-bandan NGO serta agensi-agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta penduduk Kampung yang memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakan gotong-royong berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut menasihati penduduk kampung berkenaan agar memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih kerana ia merupakan amalan yang mulia.

Sementara itu, Presiden Majlis Perbandara Tawau, Datuk Insinyur Amrullah Kamal berkata, program itu menepati slogan SAYANGI TAWAU KITA, selain melambangkan komitmen tinggi pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kebersihan persekitaran sentiasa dipelihara dan dipertingkatkan secara berterusan.

Pada masa sama, beliau berharap, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) juga turut memainkan peranan untuk memberi kesedaran kepada pelajar di sekolah-sekolah mengenai pengurusan sampah yang lebih teratur. -BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *