GAGAL SEMBUNYI SYABU DI ‘PAKAIAN DALAM’ UNTUK DISELUDUP KE NEGARA JIRAN, WANITA INDONESIA DICEKUP

GAGAL SEMBUNYI SYABU DI ‘PAKAIAN DALAM’ UNTUK DISELUDUP KE NEGARA JIRAN, WANITA INDONESIA DICEKUP

TAWAU; 9 JANUARI 2020 (Khamis) – Taktik wanita warga Indonesia yang menyembunyikan 250.55 Gram Syabu dengan anggaran nilai keseluruhan 22-ribu 500-ringgit di pakaianbut dalamnya untuk diseludup ke negara jiran berjaya dikesan Polis Bantuan yang bertugas di Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Terminal Feri Tawau, kelmarin.

Suspek berumur 38 tahun itu ditahan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan semasa cuba melintasi tempat pemeriksaan untuk menaiki Feri ke Indonesia kira-kira pukul 2.15 minit petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataan medianya berkata, pemeriksaan lanjut keatas suspek menemui tiga bungkusan berbalut tisu putih dan bersalotep warna coklat di dalam poket berzip baju dalam yang dipakai oleh suspek.

Katanya, dua lagi bungkusan sama turut ditemui di poket berzip seluar dalam pendek yang dipakai.

Jelas ACP Peter, pemeriksaan lanjut mendapati setiap satu bungkusam mengandungi satu plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

Suspek kemudian dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-bestawaufm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *