FARMASI BERI NOMBOR GILIRAN DILUAR PREMIS ELAK ‘CLOSE CONTACT’

FARMASI BERI NOMBOR GILIRAN DILUAR PREMIS ELAK ‘CLOSE CONTACT’

TAWAU; 22 MARCH 2020 (Ahad) – Bagi memastikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat dipatuhi sebaiknya, sebuah farmasi yang terletak di Pusat Komersil Bintang di Jalan Chong Thien Vun telah mengambil langkah teliti termasuklah menjaga jarak dalam menjalankan operasinya.

Pelanggan yang ingin mendapatkan sebarang keperluan ubat-ubatan di farmasi berkenaan akan diberikan nombor giliran di ruang masuk pintu premis dan akan menunggu dari jarak jauh atau di dalam kenderaan masing-masing sehingga nombor dipanggil setelah ubat yang dipesan telah diperolehi.

Salah seorang wakil premis berkenaan menjelaskan, melalui langkah proaktif seperti ini, ianya mampu mengurangkan resiko ‘close contact’ atau jarak rapat antara pelanggan dengan pelanggan yang lain, sekaligus dapat menghalang wabak covid19 dari terus merebak.

Katanya, sebaik nombor pelanggan dipanggil, pihak farmasi hanya melakukan urusniaga di ruang laluan masuk premis sahaja.

Katanya lagi, farmasi berkenaan hanya dibenarkan beroperasi bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang sepanjang arahan PKP berjalan iaitu sehingga 31 mac.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *