DUA PEMANDU PACUAN 4 RODA SELAMAT SELEPAS TERLIBAT KEMALANGAN ‘LANGGAR BELAKANG’

DUA PEMANDU PACUAN 4 RODA SELAMAT SELEPAS TERLIBAT KEMALANGAN ‘LANGGAR BELAKANG’

TAWAU; 26 NOVEMBER 2019 (Selasa) – Dua lelaki masing-masing memandu kenderaan Pacuan 4 roda jenis Isuzu Dmax selamat selepas terlibat kemalangan jalanraya di Kilometer 7 Jalan Kuhara, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataannya kepada media berkata, Kemalangan terbabit berpunca dari salah satu pacuan 4 roda berkenaan berada di belakang telah mengekori terlalu rapat kenderaan dihadapannya dan tidak dapat mengelak sehingga merempuh bahagian belakang kenderaan lain.

Bagaimanapun, kedua-dua pamandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi.

Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan terbabit berada di laluan arah yang sama iaitu kenderaan yang berada di hadapan sedang dalam perjalanan dari Taman Semarak menuju ke Kubota Square sebelum dirempuh dari arah belakang.

ACP Peter berkata, akibat kemalangan tersebut, kenderaan yang berada di belakang telah hilang kawalan pemanduan dan telah terbabas ke kawasan semak di kiri jalan.

Kesan perlanggaran itu, kenderaan yang berada di hadapan mengalami kerosakan di bahagian belakang sebelah kiri, sementara kenderaan yang berada di belakang mengalami kerosakan bahagian hadapan sebelah kiri.

Kes tersebut disiasat dibawah Rule 10 LN 166/59. -BESTAWAUfm

#myTawau

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *