DUA PALAUH DITAHAN, RAMPAS 20 KILOGRAM IKAN DITANGKAP GUNA BAHAN LETUPAN

DUA PALAUH DITAHAN, RAMPAS 20 KILOGRAM IKAN DITANGKAP GUNA BAHAN LETUPAN

SEMPORNA; 2 JANUARI 2020 (Khamis) – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua Palauh dan merampas 20 kilogram ikan pelbagai jenis disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan di perairan Semporna, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan berkata, lelaki berumur 20 dan 40 an itu ditahan selepas bot Pam yang dinaiki dikesan menjalankan aktiviti bom ikan Kira-kira pukul 9 malam.

Beliau berkata, selain ikan, pihaknya turut merampas bot pam digunakan dengan anggaran nilai 8-ribu 120-ringgit.

Kes akan disiasat dibawah seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan1985.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *