COVID 19: SABAH CATAT KEMATIAN PERTAMA

COVID 19: SABAH CATAT KEMATIAN PERTAMA

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan kematian pertama kes Covid-19 di Hospital Tawau membabitkan seorang lelaki berusia 58 tahun, di sini hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Facebooknya mengesahkan pesakit berkenaan meninggal dunia pada 6.27 petang tadi.

Lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Bartuk ini merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur ini adalah pesakit pertama yang disahkan positif Covid-19 di Sabah.

Beliau mengalami gejala demam pada 3 Mac dan kemudian ditahan di Hospital Tawau sejak 9 Mac lalu dan dua hari selepas itu, beliau disahkan positif Covid-19.

Dengan kematian pertama di Sabah ini, jumlah kematian direkodkan di Malaysia bertambah kepada tiga. Pada Selasa, dua kematian direkodkan membabitkan peserta perhimpunan tabligh (lelaki) berusia 34 tahun di Johor dan paderi berusia 60 tahun di Sarawak.

Untuk hari ini, Sabah merekodkan tujuh lagi kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 119 kes setakat hari ini.

Pertambahan kes baharu itu menunjukkan penurunan dalam tempoh dua hari berturut-turut dimana, semalam hanya sembilan kes baharu direkodkan berbanding pada Rabu, yang mempunyai 21 kes baharu.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon dalam Facebook miliknya memaklumkan, kes itu meningkat daripada 112 kepada 119 kes setakat hari ini.

Daerah Tawau dan Lahad Datu mencatatkan kes tertinggi dengan 32 kes, diikuti dengan Kota Kinabalu 13 kes.

Manakala, Sandakan dan Kinabtangan masing-masing lapan kes; Beaufort lima kes dan empat kes masing-masing di Kota Belud, Kunak, Tuaran dan Sipitang.

Sementara Putatan tiga kes serta satu kes masing-masing di Papar dan Semporna.

Sumber: BorneoToday

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *