Cincin Berapi Di Langit Malaysia Pada 26 Disember Ini, Waktu Kemuncak Jam 1 Petang

Cincin Berapi Di Langit Malaysia Pada 26 Disember Ini, Waktu Kemuncak Jam 1 Petang

Siap sedia hari Khamis ni untuk saksikan sendiri gerhana matahari ok?

Selepas berlaku kali terakhir 21 tahun lalu, rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang untuk menyaksikan fenomena alam yang dikenali sebagai gerhana matahari cincin.

Pembentukan gerhana matahari yang dikenali sebagai ‘cincin berapi’ atau gerhana matahari anulus, yang sebelum ini berlaku di Malaysia pada 22 Ogos 1998 tercetus apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris.

Menurut portal Planetarium Negara, penduduk dinegara ini berpeluang untuk menyaksikan sendiri fenomena gerhana matahari khasnya buat penduduk di Kukup, Tanjung Piai, Tanjung Pelepas, Selatan Nusajaya dan Pengerang di selatan Johor dan di Bau, Kota Samarahan, Serian dan Sri Aman di Sarawak. Kawasan-kawasan lain di Malaysia hanya dapat menyaksikan Fasa Gerhana Matahari Separa sahaja.

Fenomena ini dijangka berlaku bermula jam 1.21 petang hingga 1.23 petang di Tanjung Piai, manakala di Serian pula akan berlaku pada jam 1.46 petang hingga 1.50 petang.

Pada waktu sama, seluruh negara juga akan turut mengalami fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.

Sumber: BERNAMA

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *