BANTUAN KILAT UNTUK PAKCIK HASSAN YANG MENGHIDAP BARAH USUS

BANTUAN KILAT UNTUK PAKCIK HASSAN YANG MENGHIDAP BARAH USUS

TAWAU_ 11 DISEMBER 2019 | Kisah keperitan hidup Pakcik Hassan lelaki yang berusia 67 tahun ini telah sampai ke pengetahuan pihak HQ [email protected] SABAH. Isteriny tidak mampu bekerja kerana menguruskan suami tercinta sepenuh masa yang menderita terkena barah usus. Pendapatan keluarga datang daripada isteri Pakcik Hassan dengan bantuan pihak JKM berjumlah RM150 sebulan.

Pakcik Hassan ada mencuba memohon namun tidak dapat in sya Allah Pakcik Hassan akan berusaha mencuba lagi memohon. Antara keperluan utama Pakcik Hassan dan keluarganya ialah susu Ensure Gold, pampers orang dewasa jenama Dr. P (basic) dan barangan dapur. Suami isteri ini difahamkan juga menjaga seorang anak angkat.

In sya Allah semoga ada rezeki untuk terus membantu keluarga ini. Terutama susu Ensure Gold ini yang menjadi makanan asas Pakcik Hassan. Isterinya ada memberitahu sukarelawan [email protected] SABAH bahawa susu ini sangat mahal harganya bagi mereka. Namun berusaha keras untuk menyediakannya.

Terima kasih semua sukarelawan HQ [email protected] SABAH yang menjayakan program malam ini. Walaupun letih 12 jam perjalanan dalam misi menyebarkan gelombang kebaikan di Kota Kinabalu dan daerah sekitarnya. Namun program kemanusiaan di bumi Tawau terus dilaksanakan demi membela dan membantu mengurangkan beban manusia seperti Pakcik Hassan dan keluarganya.

Sebarang update aktiviti [email protected] SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
[email protected] SABAH
01119560583

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *