ATB2 TAHAN 10 LELAKI TANPA DOKUMEN, SEPUCUK PISTOL BESERTA PELURU MEMASUKI PERAIRAN MALAYSIA DISYAKI SELUDUP MINYAK

ATB2 TAHAN 10 LELAKI TANPA DOKUMEN, SEPUCUK PISTOL BESERTA PELURU MEMASUKI PERAIRAN MALAYSIA DISYAKI SELUDUP MINYAK

SEMPORNA; 22 NOVEMBER 2019 (Jumaat) – Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) menahan 10 lelaki dan merampas sepucuk pistol buatan sendiri beserta peluru selepas bot kumpit yang dinaiki dikesan memasuki perairan Malaysia disyaki untuk cuba menyeludup minyak.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Johari Mohd Jaafar dalam kenyataan berkata, kesemua mereka berumur 20 hingga 45 tahun berkenaan ditahan di Perairan Pulau Denawan kira-kira pukul 10.43 pagi selepas bot kumpit terbabit dikesan bergerak laju dari Kepulauan Tawi-tawi menuju ke Tawau.

Beliau berkata, anggota ATB 2 menerusi Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) dari 8 RRD (PARA) yang melakukan pemeriksaan keatas bot kumpit terbabit menemui sepucuk pistol buatan sendiri bersama sembilan butir peluru 9-milimeter serta 300 tong minyak kosong.

Katanya, pemeriksaan turut mendapati kesemua lelaki berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Menurut Brigedier Jeneral Johari, kesemua mereka telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *