85% MASYARAKAT TAWAU PATUH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

85% MASYARAKAT TAWAU PATUH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

TAWAU, 22 Mac 2020 – Sekitar 85% masyarakat di daerah Tawau ini memahami arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan dalam usaha menangani penularan Covid-19 di negara ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas berkata, sejak arahan PKP dilaksanakan mulai 18 Mac lepas, masyarakat di daerah ini akur dengan perintah itu.

Pihak Polis juga menyeru agar semua lapisan masyarakat supaya menjadi ejen penerangan kepada masyarakat untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan ini dapat difahami dan diikuti.

Oleh itu, katanya, setiap individu memainkan peranan dalam membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dengan mendengar arahan kerajaan supaya duduk di rumah sepanjang PKP dilaksanakan.

“Jadikanlah tempoh “Just stay at Home” ini sebagai peluang untuk memperolehi masa yang berkualiti dan mempertingkatkan hubungan bersama ahli keluarga,” katanya.

#DUDUK TETAP & DIAM DI RUMAH ANDA
STAY HOME AS MUCH AS POSSIBLE
DEMI MALAYSIA, DEMI ANDA, DEMI KITA SEMUA.

Sumber fb : ipd Tawau

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *